Kisah imam al-ghazali bersifat
tawadhuk dengan ilmu
Suatu ktika Imam Ghazali
brsembahyg jemaah dgn adikny. Imam Ghazali mnjdi Imam mnkala adiknya menjdi
makmum. Tiba-tiba semasa bersembahyang, adik Imam Ghazali mufarakah (keluar
daripada menjadi makmum) dan bersembahyang sendirian.
Setelah selesai menunaikan
sembahyang Imam Ghazali terus bertanya kepada adiknya: "Mengapa ketika
bersembahyang engkau meninggalkan aku dan bersembahyang sendirian"
Lantas adiknya menjawab;
"Bagaimanakah aku hendak bersembahyang denganmu. Aku lihat tubuhmu penuh
bersalut darah. Lantaran itulah aku bermufarakah dan sembahyang sendirian"
Mendengar jawapan adiknya itu
Imam Ghazali terus berfikir dan lantas teringat bahawa memang benar, pada
ketika itu beliau sedang menulis tentang permasalahan haidh. Dan, memang benar
juga, terdapat satu saat semasa beliau menunaikan sembahyang pemikiran beliau
terbawa-bawa oleh apa yang sedang beliau tulis itu. Dan saat itu jugalah Allah
zahirkan apa yang sedang beliau fikirkan itu ke mata adiknya sehingga adiknya
melihat tubuh badannya dipenuhi dengan darah.
Imam Ghazali terkejut lantas
bertanya kepada adiknya; "Bagaimanakah kamu berupaya untuk melihat hal
yang ghaib? Beritahulah kepadaku dari siapa kamu belajar ilmu ini"
Adiknya kemudian menjawab;
"Engkau tidak layak belajar dengannya. Engkau orang yang masyhur,
sedangkan guruku ini orang biasa sahaja"
Imam Ghazali terus mendesak
sehingga akhirnya adik beliau bersetuju untuk membawanya berjumpa dengan
gurunya itu. Di pasar, mereka mendatangi seorang penjual daging. Lalu adiknya
memberitahu itulah guruku.
Imam Ghazali terus berkata kepada
penjual daging;"Tuan, saya mohon untuk belajar ilmu dengan Tuan"
Penjual daging menggelengkan
kepalanya lalu berkata; "Aku tidak ada ilmu untuk mengajar kamu"
Imam Ghazali merayu sekali lagi;
"Ajarlah saya. Ajarkanlah saya ilmu yang Tuan tidak ada itu"
Penjual daging tetap enggan
menunaikan keinginan Imam Ghazali itu. Akhirnya Imam Ghazali berkata kepada
penjual daging tersebut; "Ajarlah saya. Saya serahkan diri saya kepada
Tuan seumpama mayat menyerahkan diri kepada si tukang mandi"
Penjual Daging kemudian berkata;
"Baiklah, tanggalkanlah jubah kebesaran kamu itu (jubah yang dipakai Imam
Ghazali kerana beliau merupakan orang tertinggi di Universiti Nizamiyyah).
Sapulah meja tempat aku memotong dan menjual daging ini dengan jubahmu
itu."
Tanpa berlengah lagi Imam Ghazali
terus menunaikan kehendak penjual daging tersebut tanpa sedikitpun merasa
terkilan. Setelah selesai, beliau berkata lagi kepada penjual daging;
"Ajarkanlah aku ilmu"
Penjual daging kemudian
berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"
Tepat selepas Subuh keesokan
harinya Imam Ghazali sudah sedia menanti sipenjual daging di hadapan rumah.
Sebaik sahaja melihat Imam Ghazali beliau terus menyuruhnya memotong rumput di
kawasan rumah. Imam Ghazali terus akur tanpa terdetik di dalam hatinya
sedikitpun rasa terhina. Selesai menyiapkan tugas yang dipinta oleh penjual
daging, Imam Ghazali pun mendatangi beliau, lalu mengulangi kata-kata;"Ajarkanlah
aku ilmu"
Penjual daging
berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"
Sama seperti hari sebelumnya,
sebaik-baik sahaja selepas Subuh Imam Ghazali sedia menunggu di hadapan rumah
penjual daging. Melihatkan Imam Ghazali, penjual daging meminta pula beliau
mencuci longkang di sekeliling rumahnya. Imam Ghazali tetap taat menuruti
perintah penjual daging.
Setelah selesai, Imam Ghazali
berkata kepada penjual daging;"Wahai Tuan, kerja yang Tuan suruh telah
dilaksanakan. Ajarkanlah aku ilmu."
Penjual daging berkata
lagi;"Baiklah, datanglah kembali selepas Subuh esok"
Keesokan harinya hal yang sama
juga berlaku. Kali ini penjual daging meminta Imam Ghazali menimba najis dari
tandas beliau. Tugas yang ini juga dilaksanakan tanpa terselit sedikitpun
perasaan terhina dalam hati Imam Ghazali.
Apabila selesai penjual daging
tersebut berkata; "Segala ilmu yang kamu mahu telah kamu dapat.
Pulanglah."
Dalam perjalanan pulang Imam
Ghazali terkejut kerana mendapati pandangannya telah tersingkap dan beliau
dapat melihat hal-hal yang ghaib.