KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI
Berkata Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq رضى الله عنه : Bahawa Selawat ke atas Nabi صَلَّى الله عَلَيهِ
وَسَلَّمَ lebih kuat menghapuskan dosa dari
air mata menghapuskan warna hitam Lauh .
Sebahagian
sahabat رضى
الله عنهم bertanya kepada Rasulullah صَلَّى الله
عَلَيهِ وَسَلَّمَ : “Adakah
selawat itu akan diganjari dengan kehadiran hati?” Baginda Rasulullah صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ menjawab
dengan sabdaannya : “Tidak. Bahkan Allah سبحانه وتعالى akan berselawat ke atas semua yang berselawat ke atasku dan
memberikan mereka pahala sebesar bukit dan para malaikat akan berdoa serta
memohon keampunan untuk mereka yang berselawat. Manakala mereka yang berselawat
dengan menghadirkan hati, tidak diketahui berapa banyakkah ganjaran yang akan
diberikan kepadanya melainkan Allah سبحانه وتعالى.
Ketahuilah,
bahawa segala zikir tidak akan diberi pahala dan tidak akan diterima melainkan
disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca al-Quran dan berselawat ke atas
Nabi صَلَّى
الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ yang mana
kedua-duanya diterima dan diberikan pahala walaupun dibaca tanpa kehadiran
hati.
Hadith Pertama
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
Terjemahan Hadith:
“Barang
siapa berselawat ke atasku sekali (selawat), nescaya Allah سبحانه وتعالى berselawat atasnya sepuluh kali”.
Hadith Kedua
قَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ :
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ أَلفَ مَرَّةٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يُبَشَّرَ لَهُ بِالجَنَّةِ
Terjemahan Hadith:
“Barang
siapa berselawat ke atasku seribu kali (selawat), nescaya dia tidak akan mati
sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai syurga untuknya”.
Hadith Ketiga
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
مَنْ
صَلَّى عَليَّ صَلاةً واحِدَةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، وَمَنْ صَلَّى عَليَّ عَشْرًا صَلَّى الله عَلَيْهِ بِها مِائَةً، وَمَنْ صَلَّى عَليَّ مِائَةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بها ألفا، وَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ ألفًا لَم تَمَسَّهُ النَّارُ
Terjemahan Hadith:
“Barang
siapa berselawat ke atasku satu kali selawat
nescaya Allah سبحانه
وتعالى berselawat ke atasnya sepuluh kali
selawat. Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sepuluh kali selawat, nescaya
Allah سبحانه
وتعالى berselawat ke atasnya dengan
seratus kali selawat. Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan seratus kali
selawat, nescaya Allah سبحانه وتعالى berselawat ke atasnya dengan seribu kali selawat. Sesiapa yang
berselawat ke atasku dengan seribu kali selawat, nescaya ia tidak akan disentuh
oleh api neraka”.
Hadith Keempat
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ عَلَيَّ فَقَدْ أَخْطَأَ طَرِيقَ الجَنَّةِ
Terjemahan Hadith :
“Barang
siapa yang lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia
tersalah jalan untuk menuju ke syurga”.
Hadith Kelima
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
إنَّ أوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ القِيَامَةِ أكْثَرُهُم عَلَيَّ صَلاَةً
Terjemahan Hadith :
“Sesungguhnya
orang yang paling berhak bersama-samaku pada hari kiamat kelak ialah orang yang
paling banyak berselawat ke atasku”.
Hadith Keenam
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
صَلاَتُكُمْ عَلَيَّ مَحَاقَّـةٌ لِذُنـُوبِكُمْ كَمَا يَمْحَقُ المَاءُ النَّارَ
Terjemahan Hadith :
“Selawat
kamu ke atasku akan menghapuskan dosa-dosa kamu seperti air memadamkan api”.
Hadith Ketujuh
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ في كُلِّ جُمُعَةٍ أرْبَعِينَ مَرَّةً مَحَا اللهُ ذُنُوبَهُ كُلَّهَا
Terjemahan Hadith :
“Sesiapa
yang berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat sebanyak 40 kali selawat,
nescaya Allah سبحانه
وتعالى memadamkan segala dosa-dosanya”.
Hadith Kelapan
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
مَا مِنْ دُعَاءٍ إلا بَيْنَهُ وَبَيْنَ السَّماءِ حِجَابٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَيَّ ، فإذا صَلَّى عَلَيَّ انْخَرَقَ ذلِكَ الحِجَابُ وَرُفِعَ الدُّعَاءُ
Terjemahan Hadith :
“Tidaklah
terdapat apa-apa dari satu doa itu melainkan di antaranya dan langit itu
terdapat hijab (penghalang), sehinggalah dia berselawat ke atasku. Apabila dia
telah berselawat ke atasku, maka terbukalah hijab (penghalang) itu dan doa
tersebut diangkat ke langit”.
Hadith Kesembilan
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي يَومٍ مائَةَ مَرَّةٍ قَضَى الله لَهُ مِائَةَ حَاجَةٍ سَبْعِينَ مِنْهَا لآخِرَتِهِ وَثَلاثِينَ مِنْهَا لِدُنْيَاهُ
Terjemahan Hadith :
“Barang
siapa berselawat ke atasku dalam satu hari seratus kali selawat, nescaya Allah سبحانه وتعالى tunaikan seratus hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30
hajat untuk dunianya.”
Hadith Kesepuluh
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ
:
مَن صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلائِكَتُهُ عِشرِينَ مَرَّةً وَلَم يَمُت حَتَّى يُبَشَّرَ بِالجَنَّةِ
Terjemahan Hadith :
“
Barang siapa berselawat ke atasku dengan satu kali selawat, nescaya Allah سبحانه وتعالى dan malaikatnya akan berselawat ke atasnya sebanyak 20 kali
selawat, dan dia tidak akan mati sehinggalah ia diberikan berita gembira masuk
ke dalam syurga”.