Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam
kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang
doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui
Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan
apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah
berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana
dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau
melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak
masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau
mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada
ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan
darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya
akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka
otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah
untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah
dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak
bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi
dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan
pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika
manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan
dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan
dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka.
Inilah adalah kesan daripada
ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih
normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial
masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah
di atas.
Anak-anak murid Ustazah, ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit, atau sebahagiannya sahaja...kajilah dan carilah apa yang ada di dalamnya untuk dijadikan panduan dalam menempuh kehidupan kalian di dunia sementara ini...Sempena cuti sekolah selama seminggu ini, semoga solat anak-anak sekalian sentiasa cukup 5 waktu sehari dan ditambah lagi dengan solat sunat dan amal-amal kebajikan, Ustazah berdoa kalian beroleh kebaikan yang berpanjangan dari Allah S.W.T.
...Selamat bercuti, jaga diri, jaga akhlak, jaga budi dan hiasi beribadi dengan imanmu...