Berkata Imam Habib Abdullah Bin
‘Alawi al-Haddad al-Hadrami al-Syafie : “Antara pokok penyelamat diri (dari segala dosa dan
maksiat) ialah bertaubat kepada Allah swt dari segala dosa. Allah swt
memerintahkan hamba-hambanya bertaubat kepadaNya, dan ditunjukkan cara-cara
bertaubat itu serta dijanjikan pula dengan penerimaan dan balasan-balasan
baik”.
Allah swt berfirman dalam surah al-Syuura ayat 25 :
Ertinya : Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari
hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang
mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
Allah berfirman lagi :
Baginda Nabi saw bersabda :
" التَـــائِبُ مِـنَ الذَّنبِ كَـــمَنْ لاَ ذَنبَ لَــــهُ
"
Ertinya : “orang yang bertaubat dari dosa umpama orang yang
tiada dosa baginya”
Syarat-syarat taubat :
Taubat bukanlah suatu yang hanya sekadar dilafazkan dibibir,
atau bukan sekadar dengan membaca استغفر الله العظيم . Tetapi taubat itu
perlulah dengan syarat-syaratnya agar ianya benar-benar menjadi taubat yang
menginsafkan diri dan kembali ke jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh
Allah swt.
Para ulamak telah menetapkan beberapa syarat taubat yang
mesti dipatuhi, dan tidak akan dianggap sempurna taubat melainkan dengan 3
syarat tersebut, iaitu:
1. Menyesali
diri terhadap perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
2. Menyusikan
diri dari dosa-dosa yang dilakukan
3.Berazam tidak
akan mengulangi perbuatan-perbuatan tersebut.
Ini merupakan 3 syarat yang mesti mengiringi setiap taubat
seorang hamba dengan tuhanNya.
Manakala jika kesalahan itu bersangkutan dengan urusan manusia,
maka ditambah dengan satu syarat lagi iaitu : hendaklah berurusan dengan
manusia tersebut dan memohon keampunan darinya, kehalalan, atau minta dibalas.
Seumpama, bila kita menfitnah seseorang, maka hendaklah kita
bertemu dan meminta maaf dari orang tadi. Sekiranya kita ada mencuri dan
mengambil hak orang lain, maka hendaklah kita memulangkan semula dan meminta
maaf di atas perbuatan mencuri dan mengambil hak orang lain secara batil.
Begitulah seterusnya sekiranya ada hak-hak manusia yang kita khianati maka
taubat itu hendaklah dengan meminta kemaafan dari orang yang kita khianati.
Kesimpulannya : Sebesar mana dosa dan kejahatan yang pernah kita lakukan,
janganlah berputus asa dari memohon rahmat Allah swt untuk mendapatkan
keampunan. Sesungguhnya pintu taubat dan keampunan Allah jua maha luas dan
sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya yang ingin kembali kepangkal jalan.
Jangan biarkan diri kita hanyut dalam kemaksiatan dan kejahatan, kelak nanti kita
yang rugi dan menyesal. Saat itu tak berguna sudah kerana tiada lagi ruang
untuk kembali ke dunia lagi. Jadilah orang yang bermaksiat itu bahan bakar api
neraka dek kerana tidak mahu bertaubat.
Pesan Nyai : Semoga cucu-cucu semua dalam keadaan sihat
walafiat dan Nyai nak ajar kepada
cucu-cucu sekalian penghulu istighfar untuk diamalkan setiap pagi dan petang
sebanyak 3 kali iaitu :
"اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَإِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ
خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
أَعُوْذُبِكَ مِن شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوأُلَكَ بِِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ
وَأَبُوْأُ بِذَنْبٍ فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لاَيَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ"
Selamat
beramal… salam sayang dari Nyai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan