SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW
PERINGKAT SEKOLAH
SMK KULAI BESAR
2013 M / 1434 H
TARIKH : 23
FEBRUARI 2013
BERSAMAAN 12 RABIUL AKHIR 1434H
HARI
: SABTU
TEMPAT : KANTIN SMK KULAI BESAR
TEMPAT : KANTIN SMK KULAI BESAR
Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi
Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa bagi seluruh umat Islam di dunia
ini. peristiwa kelahiran Nabi adalah merupakan satu detik yang amat berharga
kerana disitulah bermula sirah junjungan agung yang membawa manusia dari kegelapan
kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan, dan dari kehinaan kepada
kemuliaan.
Rasulullah SAW merupakan Nabi yang terakhir diturunkan Allah SWT untuk menyampaikan syariat Islam kepada manusia. Pengorbanan dan cabaran yang dihadapi oleh baginda dalam menyebarkan Ilam perlu dijadikan panduan kepada umat Islam dalam mengharungi arus globalisasi untuk memantapkan lagi Islam di mata dunia. Justeru, Majlis Sambutan Maulidurrasul patut dijalankan bagi mengenang jasa dan mengamalkan cara hidup Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan meninggikan Sunnah Rasulullah SAW.

OBJEKTIF SAMBUTAN
1.1 Menilai dan menghargai pengorbanan Rasulullah SAW
1.2 Menanam sifat teladan kepimpinan komuniti pendidikan SMK Kulai
BEsar melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW
1.3 Melahirkan masyarakat berukhuwah Islamiah dalam warga pendidik
SMK Kulai Besar melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia
1.4 Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah SAW
sebagai tauladan dan ikutan sepanjang zaman
1.5 Melahirkan rasa syukur dan insaf terhadap cabaran yang dihadapi
oleh Rasulullah SAW bagi menghadapi cabaran di masa akan datang
1.6 Mengeratkan silaturrahim sesama Islam
TENTATIF PROGRAM
1.6 Mengeratkan silaturrahim sesama Islam
TENTATIF PROGRAM
07.30 am : Murid dan Guru berkumpul di kantin
8.00 am : Pertandingan sepanduk dan
Berarak
9.00 am : Di mulai dengan kumpulan
selawat beserta kompang
: Bacaan Tilawah al-Quran beserta Tafsir
: Bacaan Doa majlis
9.45 am : Ucapan Pembukaan oleh GPK
10.00 am : Ceramah
Maulidurrasul SAW
11.30 am :
Persembahan murid (Qasidah Burdah)
12.00 pm :
Jamuan makanan murid dan guru
12.30 pm :
Mengemas kantin
Bersurai
Semoga dengan
perpaduan ukhuwah islamiah yang dijalin akan mengarahkan jalan kecemerlangan
dan kejayaan berterusan kepada usaha-usaha murni pentadbir dan warga SMK Kulai
Besar dalam membangun modal insan yang sempurna. Sesungguhnya kesempurnaan itu
adalah milik Allah SWT, maka kepadanya jualah kita kembalikan segala
perancangan yang dirancang agar ia mendapat keberkatan dan redha Ilahi. Bagi
menyahut kempen kerajaan bahawa rakyat Negara perlu berjimat cermat, maka
dengan ini pihak pengurusan mengadakan majlis sambutan engan serba ringkas.
Diharap usaha ini di berkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan menyeru
kepada kebaikan di sekolah ini.