‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR
LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM’
LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM’
Ibnu Abbas berkata : “Ketika Allah SWT menjadikan Arsy dan
menyuruh malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa amat berat.
Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca ‘SUBHANULLAH’, sebaik sahaja
malaikat membacanya maka ia terasa ringan memikul Arsy dan mereka membaca selama-lamanya.
“Apabila Allah menjadikan Adam AS, yang
mula-mula keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah mengilhamkan Adam membaca ALHAMDULILLAH,
sebaik sahaja Adam membacanya, lalu Allah SWT menjawab : ‘YARHAMUKA RABBUKA’
(kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau).
Kemudian malaikat berkata : “Inilah kalimah yang mulia dan baik,
tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabungkan dengan perkataan pertama tadi dan mereka
membaca : ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH’
Mereka membaca demikian sehinggalah Allah mengutuskan nabi Nuh AS
disebabkan kaum nabi Nuh adalah kaum pertama yang menyembah berhala. Lalu Allah mewahyukan
kepada nabi nuh supaya umatnya membaca : LAA ILLAHA ILLAH bagi mendapatkan
keredhaan Allah SWT.
Lalu malaikat berkata : “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik
dan tidak patut kami abaikan. Maka malaikatpun mengabungkannya dengan kalimah yang dua
lalu menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH’
Para malaikat terus mengamalkan kalimah tersebut sehingga Allah SWT
mengutuskan nabi Ibrahim AS. Allah yang telah memerintahkan nabi Ibrahim mengorbankan
anaknya telah menukarkannya dengan seekor kambing menyebabkan Ibrahim merasa teramat
gembira kerana anaknya, Ismail telah diselamatkan oleh Allah, lalu terkeluarlah dari
mulutnya kalimah ALLAHU AKBAR.
Lalu para malaikat berkata : Inilah kalimah keempat yang sungguh baik
dan besar. Lalu mereka mengabungkannya dengan kalimah-kalimah di atas menjadi ‘SUBHANULLAH
WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR’
Kemudian malaikat Jibril menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah
SAW, lalu baginda kagum dan terucaplah perkataan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL
ALIYIL AZIEM
Kemudian Jibril berkata : “Gabungkan kalimah yang empat itu
menjad,
‘SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALAA ILLAHA ILLAH, WALLAHU AKBAR, LAA HAULA
WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan