JASAD FIRAUN YANG TERPELIHARA
Simbol Kezaliman di Muka Bumi
Simbol Kezaliman di Muka Bumi
Sebagaimana yang kita ketahui, Firaun dan tentera-tenteranya
telah ditelan oleh laut. Walau bagaimanapun, Allah SWT telah menyelamatkan mayat
Firaun dan membiarkan mayat tentera-tenteranya tertanam di dasar laut. Lalu
mayat Firaun dijumpai dan dibekukan menjadi mumia. Tujuan Allah SWT
menyelamatkan mayat Firaun adalah sebagai iktibar atau pengajaran kepada umat
yang terkemudian.
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ
بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آَيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ
النَّاسِ عَنْ آَيَاتِنَا لَغَافِلُونَ (92)
Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas
dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda
bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan
(ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan
memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami.
Surah Yunus.
Ayat di atas menerangkan bahawa Firaun telah lemas di laut,
tetapi Allah SWT menyelamatkan jasadnya daripada berkubur di dasar laut supaya
menjadi pengajaran kepada manusia yang terkemudian. Itulah kesudahan seorang
manusia yang ego, takabur dan jahat, yang mengaku dirinya TUHAN ! sedangkan
Iblis yang lebih hebat darinyapun, tidak pernah berbuat demikian... Iktibar
kepada manusia, bahawa sehebat manapun kekuasaan manusia... TIADA SIAPA ... yang
melawan kekuasaan, qadha dan qadar Allah SWT yang Maha Kuat. Manusia yang angkuh
dan zalim tetap akan mati... lebih malang lagi, mati dalam KEHINAAN...
Menurut Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Ibnu Abbas dan
sebahagian ulama-ulama salaf telah berkata bahawa terdapat sebahagian drp
kaum Bani Israel meragui kematian Firaun. Maka Allah SWT memerintahkan laut
melemparkan mayat Firaun ke dataran tinggi dalam keadaan masih memakai baju
besinya, agar mereka yakin tentang kematiannya. Peristiwa kematian Firaun ini
berlaku pada hari Asyura' 10 Muharram berdasarkan hadis di bawah.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رضى الله عنهما - قَالَ قَدِمَ النَّبِىُّ - صلى
الله عليه وسلم - الْمَدِينَةَ ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ
عَاشُورَاءَ ، فَقَالَ « مَا هَذَا » . قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ ،
هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِى إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ ،
فَصَامَهُ مُوسَى . قَالَ « فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ».
فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Dari Ibnu Abbas RA Nabi SAW datang ke Madinah, baginda melihat
orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura' (10 Muharram). lalu baginda bertanya ;
Hari apakah ini, yang menyebabkan kamu berpuasa ? jawab mereka (orang Yahudi),
ini adalah hari yang baik, hari di mana Bani Israel dapat mengalahkan musuhnya
(nabi Musa mengalahkan Firaun), maka Musa berpuasa. Rasulullah SAW bersabda ;
Aku lebih berhak terhadap Musa berbanding kamu (orang Yahudi). Lalu Rasulullah
SAW berpuasa dan mengalakkan mereka (para sahabat) berpuasa.
Hadis riwayat Bukhari.
Sebagaimana sangsinya sebahagian bani Israel tentang kematian
Firuan seperti yang dinyatakan di atas tadi, para saintis barat juga ragu
tentang sebab kematiannya. Mereka tidak dapat memberi kata putus tentang punca
kematiannya melainkan mereka melakukan penyelidikan terhadap mumia Firuan itu
sendiri. Lalu, kerajaan Perancis telah menawarkan kepada Mesir bantuan untuk
menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal sekitar tahun 70an.
Maka mumia tersebut telah diterbangkan ke Paris dan ditempatkan di
Pusat Arkeologi Perancis. Ia akan dianalisis oleh para pakar,
doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat
terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Hasil daripada penyelidikan tersebut telah diterbitkan dengan
tajuk ; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Menurut laporan tersebut, Dr. Bucaille dan para pembantunya telah menemui
sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti
terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Kemudian
jasadnya segera dikeluarkan dari laut, dirawat segera dan dijadikan mumia supaya
jasad itu kekal. Jadi, misteri kematian Firaun yang sebelum ini menjadi tanda
tanya para saintis dan masyarakat Eropah telah terungkap.
Firaun MATI LEMAS...
bukannya mati kerana penyakit misteri atau diracun, bukan juga mati dibunuh.
Sebagai mengenang jasanya, Dr Bucaille dianugerah
penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes oleh
Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale
De Medicine, Perancis.
Para cendikawan barat menganggap penemuan ini adalah sesuatu yang
amat luar biasa hebatnya.. sesuatu yang amat bernilai dalam sejarah peradaban
manusia, yang tiada tolok bandingnya.. yang hanya mampu dicapai oleh manusia
yang luar biasa... satu keputusan penyelidikan yang ditunggu-tunggu sejak
berdekad yang lalu.
Tetapi apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diturunkan kepada
nabi Muhammad SAW telah pun menjelaskan tentang punca kematian Firaun lebih
1,000 tahun yang lalu,
Dr. Bucaille amat terkejut.. lalu beliau telah
menghubungi beberapa sarjana Islam untuk mendapatkan penjelasan lanjut...
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ
وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ
آَمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آَمَنَتْ بِهِ بَنُو
إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ (90)
Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar
oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan,
sehingga apabila Firaun hampir tenggelam (lemas) berkatalah dia (pada saat yang
genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh
Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut
perintah).
Surah Yunus.
Akhirnya, beliau bukan sahaja mengakui tentang betapa benarnya
apa yang telah diperkatakan oleh al-Quran, malah turut beriman kepada Allah SWT
dengan melafaz dua kalimah syahadah.... betapa al-Quran itu adalah kalimah Allah
SWT..
Begitulah, betapa kekuasaan Allah terbukti juga dengan hasil
kajian oleh seorang saintis hanya di sekitar abad ke-20, walaupun mumia Firaun
tersebut telah ditemui sekitar tahun 1890an, iaitu lebih seribu tahun selepas al-Quran
diturunkan dan peristiwa sebenar tenggelamnya Firaun dan tentera-tenteranya
tentulah jauh lebih lama lagi...
Maka.... mumia Firaun terus kekal sebagai pengajaran kepada
manusia yang angkuh, jahat dan zalim tentang kesudahan mereka kelak... Firaun,
sebagai simbol kezaliman dan keangkuhan telah BINASA... dan sesiapa yang
bercita-cita sepertinya pasti akan turut BINASA !!! Hanya ALLAH sahaja yang Maha
Kuasa .... malah di dunia ini ramai yang bersikap ZALIM dan angkuh telah BINASA
seorang demi seorang... tetapi muncul pula puluhan yang lain.. seolah-olah tidak
mengambil ikhtibar dari Firuan durjana... hanya masa menanti, waktunya pasti
akan tiba.. si ZALIM pasti BINASA... Tunggulah JANJI ALLAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan