Khamis, 24 Januari 2013

Kami rindu... Ya Rasulullah!!!

Ya Rasulullah...saksikan lah...
Kami rindu pada Mu...

Alhamdulillah. Program sambutan maulidurrasul S.A.W bagi tahun 1434H peringkat Daerah Kulaijaya berjalan dengan lancar, program yang diadakan di Masjid Mubarak Bandar Putra sangat meriah diiringi cuaca yang sangat baik pada hari ini.
Tahniah Ustazah ucapkan kepada murid-murid Smkkb atas penyertaan..Terima kasih banyak2 kepada semua murid yg terlibat dan Guru2 yg banyak membantu...Alhamdulillah...
Allahhummasolli a'la Saiyyidina Muhammad...
                                                 Bersedia untuk berselawat dan berarak..

                                                     Wakil smkkb sudah masuk barisan

                                                  dah selesai berarak...begambo kenangan..

                                            Ustazah Raudhah & Ustazah Mar pun berarak..

                                                           Ustazah yang bersemangat...

                                                     Sallallahhu a'la Muhammad...

                                                              pemain kompang..






Saudara seislam semua...
Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w perlu kita hayati dan diteruskan oleh kita. Umat Islam harus sedar dari sikap tak ambil kisah terhadap ancaman-ancaman yang dihadapi oleh ummah pada masa kini. Antaranya dakyah pemurtadan, pengliberal akidah, penghalalan seks songsang-bebas, dasar pemencilan ummah dan pencabulan teras ummah secara sistematik oleh kaum kuffar yang dibantu oleh golongan munafik. Semua itu menyebabkan ummat Islam semakin jauh dari landasan agama dan menyebabkan kita lupa pada Rasulullah dan lupa pada Allah..

Sama-samalah kita semarakkan cinta kepada Rasulullah dan mengamalkan segala Suruhannya... 
Allahhumma solli a'la Saiyyidina Muhammad wa a'la alihi wa sohbihi ajmain...

 

Selasa, 22 Januari 2013

Kami Cinta PadaMU Ya Rasulullah

Maulidur Rasul: Cintailah Rasulullah Dengan Sebenar-benar Cinta

 




Sayidina Hasan Al-Basri berkata: “Wahai sekalian kaum muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW, maka kamu sekalian lebih patut untuk merindui Baginda.”

Kata-kata ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dari Jabir bin Abdullah bercerita; “Dahulu Nabi SAW ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan bersandar pada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata: “Ya Rasulullah! Sudikah tuan kami buatkan untukmu sebuah mimbar? Baginda menjawab: Ya, jika kamu mahu.” Maka, mereka membuatkan untuknya sebuah mimbar. Seketika itu, terdengar tangisan yang muncul dari pokok kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi. Baginda turun dari mimbar dan memeluknya sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi (yakni ketika ditimang oleh ibunya). Nabi SAW bersabda; “Pokok itu menangis kerana ia terbiasa mendengar zikir di sana. (Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari)
Betapa sedihnya pokok kurma itu kerana berpisah dengan sentuhan jasad Nabi SAW .  Perasaan rindunya diungkapkan dengan tangisan yang kedengaran di sebalik pokok yang kaku itu. Jika kita melihat akan diri kita sebagai seorang manusia yang punya akal dan hati,  sudah semestinya kita menzahirkan rasa kerinduan yang lebih mendalam terhadap Baginda yang menyinari hidup kita dengan sinaran iman dan Islam. Sejauh mana kita telah menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan kita? Sejauh mana kita telah menyempurnakan akhlak kita sebagai seorang muslim sejajar dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda? Dan sejauh mana kita mengingati dan merindui Baginda sebagaimana kerinduan yang dipamerkan Baginda kepada umatnya sebelum bertemu dengan Allah SWT?

Biarlah kerinduan dan ingatan terhadap Baginda hidup dalam hati kita sepanjang masa bukan hanya ketika sambutan maulidurrasul sahaja. 
“…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan…” (59:7). 

 Oleh itu, bertindaklah selaras dengan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita tergolong di kalangan mereka yang memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak insyaAllah.
...Kami Cinta PadaMu Ya Rasulullah...

Jumaat, 18 Januari 2013

Kelahiran Yang Dimuliakan

Sejarah kelahiran Kekasih Allah..

Alhamdulillah, program PENGISIAN ROHANI Jumaat kali ini dapat dijalankan dengan baik. Program bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 8.05 pagi. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pelajar perempuan bersama guru-guru perempuan yang bertempat di Astaka sekolah dan kumpulan pelajar lelaki bersama dengan guru-guru lelaki yang bertempat di Tapak Perhimpunan sekolah.

Tajuk Pengisian rohani pada pagi ini ialah Tazkirah Sejarah kelahiran Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. yang telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Amiruddin Bin Jusoh.
Antara isi tazkirah yang disampaikan oleh beliau ialah:
- Kita perlu mengingati sejarah kelahiran Junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
- Sebagai ummat Islam kita perlu sentiasa mengetahui kisah para rasul dan sahabat terdahulu.


- Kita perlu mengambil pengajaran dan ikhtibar daripada sirah para rasul terdahulu dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar hari ini.

Semoga semua pelajar Smkkb dan barisan pendidik, dapat mengambil pengajaran dan pelajaran dari isi penting tazkirah yang telah disampaikan.  seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai pelajar dan hamba Allah di muka bumi ini.

Ketahuilah hakikatnya, jiwa yang kosong tanpa mengingati Allah akan hanyut digoda dan diperdaya oleh syaitan laknatullah. Ayuh warga Smkkb! Tuntutlah ilmu dan beramallah dengannya....kerana Peribahasa arab ada mengatakan, "Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah".

Renung-renungkan...selamat beramal...

Selasa, 15 Januari 2013

KEUNGGULAN CINTA RASULULLAH SAW KEPADA UMATNYA


SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya.

Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” -(riwayat al-Darimi).


Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman".


Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.- (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:

Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada Yang menghalanginya) kerana Sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"


Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis:
Ya Allah! Umatku! Umatku!

Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka.

Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya.
(Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)

Rasulullah utamakan umatnya.

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda:

Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. - (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah).

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:

Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”


Diriwayatkan bagaimana kasihnya Rasulullah SAW kepada umatnya sehingga kita dapat lihat, disaat-saat sakaratul maut …

Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahan lagi

"Ya Allah, dasyat sungguh kesakitan sakaratul maut ini, timpakan semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan ke wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Umatku! Umatku! Umatku!"

Sehingga berakhirlah hidup baginda Nabi SAW…

manusia mulia yang memberi sinaran kepada alam.

Kini, mampukah kita mencintai seperti baginda mencintai umatnya?

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. - (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.

Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”
Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.
 
Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.
 
Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.


by : ibnu Mansor

Jumaat, 11 Januari 2013

Jangan Terlalu Gelisah

Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. 

Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. 

Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. 

Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.

Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.

Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.

"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.

"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"

Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."

Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.

Moral:
 
Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah. .

Sebaliknya, apa yang berlaku itu serahlah pada Allah dan mengadulah kepadaNya.. pasti ada jalan yang Ia akan berikan buat hamba-hamba yang sering mengingatiNya...

Khamis, 10 Januari 2013

Kenapa Doa Tidak Di Makbul?

Doa Tak Makbul?

Satu hari, ketika Ibrahim Bin Adham (seorang ahli sufi yang termasyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : "Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya?". Beliau menjawab : "Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu ;


1) Kamu mengenal Allah swt, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya;

2) Kamu mencintai Rasulullah saw tetapi menolak Sunnahnya;

3) Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya;

4) Kamu makan nikmat Allah swt, tetapi kamu tidak mensyukuriNya;

5) Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya;

6) Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya;

7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya;

8) Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya;

9) Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban sendiri;

10) Kamu kebumikan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

p/s : Doa itu suatu tuntutan bagi kita sebagai hamba, namun dikabulkan atau tidak doa itu bukan mengikut kehendak kita, tetapi mengikut kehendak Allah swt kerana Dialah yang lebih maha mengetahui urusan diri kita dari kita sendiri... Seandainya Allah swt memakbulkan doa mengikut kehendak manusia, nescaya rosaklah manusia dan bumi ini, kerana manusia seringkali berdoa dan meminta mengikut hawa nafsu dan keperluan yang mementingkan dirinya sendiri...

Moga kita sama-sama dapat bermuhasabah sejauh mana nikmat-nikmat dan perintah-perintah Allah swt telah kita  syukuri dan patuhi...

Selamat beramal .

Selasa, 8 Januari 2013

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali KRW


Rasulullah SAW telah Bersabda :

 Wahai Ali !


1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.
2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.
3) Bersedekahlah untuk keluargamu yang telah mati.
 Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedekah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata :  Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.
4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian. 
5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta  ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Wahai Ali !

-Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
-Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
-Tiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nya
-Tiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunya
-Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnya
-Tiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianya
-Tiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginya
-Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya

Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah...

bersambung ...InshaAllah. 
...Selamat beramal...




Alam Barzakh (siri 2)



1.    Soalan :
Adakah mereka di Alam Barzakh mengetahui atau menyedari apa yang berlaku di dunia seperti keluarganya?

Jawapan :
Ramai beranggapan, bahawa setelah seseorang meninggal dunia, tidaklah akan ada apa-apa lagi melainkan hanya tinggal kenangan sahaja. Ini sebenarnya satu kesilapan. Kita berbeza alam. Alam bagi kita orang hidup dipanggil Alam Dunia, sementara Alam bagi orang mati dipanggil Alam Barzakh. Di antara dua alam ini, Alam Barzakhlah yang lebih ajaib. Kita di Alam Dunia langsung tidak mempunyai maklumat tentang penghuni Alam Barzakh, sedangkan penghuni-penghuni Alam Barzakh, mereka itu mengetahui hal keadaan kita di Alam Dunia, bahkan lebih mendalam lagi pengetahuan dan pendengaran mereka itu terhadap orang hidup.

Banyak riwayat menerangkan perkara ini antaranya :
Riwayat daripada Saidina Anas Bin Malik r.h katanya : Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya semua amalan kamu diperlihatkan kepada kaum kerabat dan keluarga kamu yang telah meninggal dunia. Jika amal-amal itu baik, mereka pun merasai gembira, tetapi jika sebaliknya, mereka berdoa : “Ya Allah janganlah engkau matikan mereka sehingga Engkau berikan kepada mereka petunjuk, sebagaimana Engkau telah berikan kepada kami petunjuk”. – Hadith Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi dalam Nawadir al-Usul

Riwayat daripada Abdul Ghafur Bin Abdul Aziz daripada bapanya yang menerima riwayat daripada datuknya katanya: Rasulullah SAW bersabda : “Diperlihatkan segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah dan kepada Para Nabi serta ibu bapa pada hari Jumaat. Mereka senang dan gembira dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan menjadikan wajah-wajah mereka tambah berseri-seri. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah dan jangan kamu menyakiti orang-orang yang telah meninggal di antara kamu (dengan amal perbuatan buruk kamu)”.

Dalam sebuah hadith riwayat Ahmad, al-Marwazi dan Ibn Abi al-Dunya, daripada Abi Said al-Khudri memberitakan bahawa Nabi SAW :

إِنَّ المَيِّتَ يَعْرِفُ مَن يَغْسِلُهُ وَيَحْمِلُهُ وَيَدِيْلُهُ فِي قَبْرِهِ
Ertinya : Sesungguhnya orang yang mati itu mengetahui orang yang memandikannya, orang yang mengusungnya ke kubur, dan mengenal orang yang menurunkannya ke dalam kubur.
               
Dalam suatu hadith riwayat daripada Saidatina Aisyah r.ha, Rasulullah SAW bersabda :
ما من رجل يزور قبررأخيه ويجلس عليه إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم
Ertinya : Tiadalah seorang lelaki yang menziarahi kubur saudaranya dan ia duduk disampingnya, melainkan saudaranya itu akan merasa terhibur atau beramah mesra dengannya dan dia menjawab salamnya sehingga ia berdiri (berangkat balik).

Hadith Riwayat daripada Abu Daud al-Tayaalisi, daripada Jaabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Baginda Nabi SAW bersabda :

ان اعمالكم تعرض على عشائركم وعلى اقربائكم في قبورهم، فإن كانوا خيرا استبشروا به، وان كان غير ذلك، قالوا : اللهم الهمهم ان يعملوا بطاعتك
Ertinya : Sesungguhnya amalan-amalan kamu itu akan dilaporkan kepada kerabat-kerabat kamu yang sedang di dalam kubur. Seandainya amalan atau perbuatan kamu itu baik, maka mereka akan bergembira dengan sebabnya, sebaliknya jika tidak demikian maka mereka akan berdoa : “Wahai Allah, ilhamkanlah mereka agar mereka beramal atau melakukan ketaatan kepada Engkau”.

Kesimpulannya, mereka yang telah meninggal dan berada di Alam Barzakh mengetahui apa yang dilakukan dan dibuat oleh ahli keluarganya yang berada di Alam Dunia.

2.    Soalan :
Apabila kita menziarahi kubur, adakah mereka yang berada di dalam kubur itu menyedari siapa yang datang? Dan adakah kita membaca al-Fatihah kepadanya, adakah dia menerima al-Fatihah itu?

Jawapan :
Seperti hadith-hadith yang diriwayatkan di atas, jelas bahawa mereka yang berada di Alam Barzakh itu mengetahui siapakah dikalangan mereka yang berada di Alam Dunia yang menziarahi mereka dan berdoa untuk mereka.

Dalam riwayat yang lain  daripada al-Baihaqi bahawa Rasulullah SAW bersabda :
اذا مر الرجل بقبر يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام وعرفه،
واذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام.
Ertinya : Apabila seseorang melalui sebuah kubur yang dikenali (penghuninya) lalu ia memberi salam kepadanya, maka orang itu akan menjawab salamnya dan dia kenal kepadanya, dan apabila seseorang itu melalui sebuah kubur yang tidak dikenalinya lalu ia memberi salam kepadanya, maka orang itu juga akan menjawab salamnya”.

Dalam persoalan adakah sampai dan diterima bacaan al-fatihah atau bacaan-bacaan lain, doa dan ibadah yang dibuat oleh orang hidup dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati, maka para ulamak berbeza pandangan. 

Menurut sebahagian ulamak mazhab syafie, pahala bacaan al-Quran sampai kepada si mati jika dibacakan untuk dihadiahkan dan diniatkan pahalanya kepada si mati.

Dr. Wahbah al-Zuhaili juga ada menyatakan bahawa para ulamak memutuskan secara ijmak bahawa si mati akan mendapat manfaat daripada doa dan istighfar yang dibacakan untuknya.

Allah SWT berfirman  maksudnya :
“Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan ) berkata : Wahai Tuhan kami ampunkahlah dosa kami  dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami di dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.
(Surah al-Hasyr : 10)

Allah SWT berfirman maksudnya :
“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah dan mohonlah pengampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin lelaki dan perempuan dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu”.
(Surah Muhammad :19)

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda :

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولدٍ صالح يدعو له
Ertinya : apabila matinya anak adam terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara : 1) sedekah jariah (wakaf, derma dan seumpamanya), 2) ilmu yang dimanfaatkan, 3) anak yang soleh yang mendoakannya.
Justeru, anak-anak yang soleh yang membuat wakaf, yang berdoa, yang membuat kebaikan dan pahalanya dihadiahkan kepada kedua ibu bapanya, maka semua itu akan diterima sebagai pemberat amal timbangan mereka insyaallah.

Nabi Saw bersabda :
استغفروا لأخيكم  وسلوا له التثبيت فإنه الآن يسأل
Ertinya : Mohonlah kamu keampunan dosa bagi saudara-saudaramu (yang telah meninggal dunia), dan mintalah dari Allah akan keteguhan bagi si mati untuk menjawab pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir, kerana pada waktu ini dia sedang disoal.

Maka, perbanyakkanlah berdoa untuk si mati, kerana doa itu juga akan member pertolongan untuk meringankan azab yang sedang dihadapi.

3.    Soalan :
Bagaimana pula dengan bunga dan air mawar yang kita siram di atas kubur? Apa yang dirasai oleh mereka di dalam kubur?

Jawapan :
Dalam riwayat daripada Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW telah merenjis-renjis air ke atas kubur Ibrahim anak Baginda. Maka perbuatan merenjis atau membasahi tanah kubur dengan menyiram air ke atasnya adalah sunat.

Perbuatan menyiram air di atas kubur ini dilakukan dengan harapan semoga tempat persemadian jenazah berkenaan, berada di dalam keadaan sejuk dan dicucuri rahmat . disamping itu, penyiraman juga bertujuan untuk mengelakkan tanah daripada berselerak.

Air yang digunakan untuk menyiram kubur pula ialah air biasa. Makruh menggunakan air yang diperolehi melalui pembelian seperti air mawar kerana itu satu pembaziran. Walaubagaimanapun Imam al-Subki berpendirian bahawa tidak mengapa menggunakan air mawar yang sedikit jika diharapkan semoga dengan keharuman air mawar itu akan membawa kehadiran malaikat ke kubur berkenaan ini kerana malaikat gemar kepada bau-bau harum. (Muhammad al-Syarbini al-Khatib, Juz.1 hlm.364)

Malah disunatkan juga meletakkan pelepah kurma atau dahan pokok yang masih hijau dan segar di atas kubur. Tindakan ini diharapkan semoga keberkatan tasbih dari dahan tersebut dapat meringankan penderitaan roh pemilik kubur berkenaan. Sebagai ganti pelepah kurma, bolehlah ditaburkan bunga yang masih segar ke atas kubur. Malah menurut sebahagian ulamak hukumnya adalah haram mengalihkan dahan yang masih basah dari kubur berkenaan sebelum dahan itu kering kerana pemiliknya mengharapkan manfaat daripada dahan yang basah itu iaitu pengampunan Allah untuk roh si mati.

Kesimpulannya, perbuatan menyiram air mawar dan menaburkan bunga ke atas kubur ada sandarana dan asasnya dengan pengharapan ianya memberi keberkatan dan rahmat kepada si mati.

4.    Soalan :
Apakah perkara dan perbuatan yang terbaik yang kita boleh lakukan untuk mereka yang telah meninggal dunia? Misalnya kita bersedekah, niat pahala diberikan kepada mereka?

Jawapan :
Nabi SAW bersabda :

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولدٍ صالح يدعو له
Ertinya : apabila matinya anak adam terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara : 1) sedekah jariah (wakaf, derma dan seumpamanya), 2) ilmu yang dimanfaatkan, 3) anak yang soleh yang mendoakannya.
Bersandarkan kepada hadith ini, maka antara perkara yang terbaik boleh kita lakukan untuk mereka yang telah meninggal dunia ialah :

1)   Mewakafkan harta dengan diniatkan pahalanya kepada si mati. Harta yang diwakafkan untuk jalan Allah, maka si mati akan terus menerus mendapatkan pahala darinya selagi perkara tersebut dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Contohnya mewakafkan duit untuk pembinaan masjid, maka selagi mana masjid itu dimanfaatkan oleh umat Islam, berterusanlah pahala itu mengalir dan memberi manfaat kepada mereka yang telah meninggal dunia.

2)   Selain berwakaf dan bersedekah, anak-anak yang soleh mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya yang telah mendahuluinya. Doa dan amalan anak yang soleh akan terus mengalirkan pahala kepada si mati. Malah amalan anak soleh juga akan membantu ibu bapanya yang berada di Alam Barzakh.

3)   Kita juga boleh membaca al-Quran dan menyedekahkan pahalanya kepada simati. Malah mengupah orang untuk membacakan al-Quran dan mohon agar pahalanya dihadiahkan kepada simati pun hukumnya dibolehkan menurut sebahagian ulamak.

Dalam Hadith yang lain, Baginda Nabi SAW bersabda :
"أمـتي أمة مرحومة تدخل قبورها بذنوب كالجبال، وتخرج من القبوروقد غفرلها باستغفارالأحياء  للأموات والصدقات والدعاء وقراءة  القرآن ،تأتيهم  بها الملائكة في أطباق من نورمخمرة بمناديل من سندس وتقول لأحدهم هذه الهداية بعثها إليك فلان فيسره ويفرح  به"

Ertinya : Umatku adalah umat yang dirahmati, mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa seperti gunung, dan keluar daripadanya sedang mereka telah diampunkan dari dosa-dosa itu, iaitu dengan istighfar orang yang hidup kepada si mati, sedekah, doa dan bacaan al-Quran untuk mereka, para malaikat membawa semua itu dalam pinggan-pinggan besar yang bercahaya, ditudung pula dengan kain sutera, kemudian para malaikat itu berkata kepada tuan yang punya : “inilah hadiah yang dikirimkan si pulan untuk mu, maka penerima itu akan merasa senang dan gembira”.

5.    Soalan
Sebelum seseorang itu meninggal dunia, adakah dia tahu yang dia tidak akan lama lagi di dunia?

Jawapan :
Beruntungnya umat Nabi Saw kerana kematian tidak datang secara tiba-tiba, tetapi di datangkan peringatan demi peringatan.

Antara bentuk peringatan yang secara normal semula jadi manusia ialah keadaan usia dan umurnya yang semakin meningkat dan fizikalnya yang semakin lemah dan tiada upaya (tua).

Allah Berfirman di dalam al-Quran :
...  ثم  جعل  من  بعد  قوة  ضعفا  وشيبة  يخلق  ما  يشاء  وهوالعليم القدير.
Ertinya :  … kemudian dia menjadikan setelah dari keadaan kuat itu kepada lemah semula dan beruban rambut di kepala. Dialah Allah yang menjadikan apa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Justeru itu, perubahan fizikal dari kuat kepada lemah, pertambahan usia, dan sebagainya, itu juga merupakan bentuk-bentuk amaran dan peringatan daripada Allah SWT.
Selain itu, sakit juga merupakan tanda-tanda kematian.
Baginda Nabi SAW bersabda :
 
 
Ertinya : apabila Allah SWt menguji seseorang muslim dengan di datangkan kesakitan pada tubuhnya, maka Allah SWt berfirman kepada Malaikat : Tulislah bagi muslim tersebut akan amal soleh yang dia telah lakukan (sewaktu sihatnya) dan sekiranya dia sembuh bersih dan sucikan dirinya daripada dosa, dan sekiranya dicabut nyawanya, nescaya dia mendapat keampunan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Ada lagi satu keadaan iaitu seseorang itu juga kemungkinan akan menghadapi kematian yang datang tiba-tiba atau dinamakan kematian mengejut.
Rasulullah SAW bersabda :
موت  الفجأة   راحة  للمؤمن  واسف  على  الفاجر
(  رواه  أحمد  عن  عائشـة  )
Ertinya : Mati terkejut itu adalah kerehatan bagi orang yang beriman dan kesedihan keatas orang yang menanggung dosa.
Mati terkejut bagi orang mukmin itu adalah rahmat dan kerehatan daripada menanggung kesakitan sakaratul maut. manakala mati terkejut bagi orang yang menanggung dosa merupakan satu kesedihan dan penyesalan kerana tiada sempat untuknya bertaubat kepada Allah.

Kesimpulannya, setiap orang pada hakikatnya dia mengetahui bahawa dia akan mati. Namun istimewanya umat Nabi Muhammad Saw ini ada bentuk-bentuk peringatan sebelum datangnya kematian walaupun ada di sana keadaan mereka yang dimatikan dalam keadaan mengejut.

Justeru, tidak ada siapa pun mengetahui bila akan datang ajal bagi dirinya, namun tanda-tanda ajal itu Allah swt nyatakan dalam bentuk semula jadi kejadian manusia dari bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, dan akhirnya mati. Dan ada juga tanda-tanda dengan di datangkan penyakit dan sebagainya.

6.    Soalan :
Macamanakah perasaan seseorang yang sedang naza’? Adakah dia tahu malaikat maut sudah pun datang dan akan mencabut nyawanya?

Jawapan :
Firman Allah S.W.T :
فرمان الله : وجآءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد  -سورة ق:19
Ertinya : Dan apabila sampai ajal seseorang, maka datanglah mabuk kematian yang membawa kebenaran yang di janjikan dan di beritahu kepada orang yang mengingkari : inilah perkara yang kamu selalu kamu cuba mengelak diri daripadanya .
رسول الله برسبدا: حضر ملك الموت رجلا يموت فنظر فى قلبه فلم يجد فيه شيئا ففك لحييه فوجد  طرف لسانه لاصقا بحنكه يقول لا اله إلا الله فغفرله بكلمة الإخلاص.( رواه الطبراني عن أبي هريرة)
Ertinya : Telah datang malaikat maut kepada  seseorang lelaki , maka malaikat maut itu melihat di dalam hati lelaki tersebut , maka tidak didapati didalam hatinya akan sesuatu , lantas malaikat maut itu memerhatikan pula di hujung lidahnya yang berusaha untuk menyebut kalimah ‘ Tiada tuhan yang sebenarnya di sembah melainkan Allah ‘ nescaya di beri pengampunan dengan kalimah ikhlas tersebut .
رسول  الله   برسبدا   :
"إنَّ الشَّيْطاَنَ يَأْتِي أَحَدَكُمْ قَبْلَ  مَوْتِهِ فَيَقُوْلُ متْ يَهُوْدِيًّا متْ نصْراَنِيًّا"
Ertinya : Bahawasanya syaitan itu datang kepada seseorang daripada kalangan kamu sebelum matinya , dan syaitan berkata : matilah kamu dalam agama yahudi ! matilah kamu dalam agama nasrani ( kristian ) !
Daripada dalil-dalil di atas, menjelaskan kepada kita bahawa, orang yang dalam ke adaan nazak akan merasai kesakitan sakaratul maut. Dan kesakitan ini akan di rasai oleh setiap manusia yang berhadapan dengan kematian.
Ketika dalam keadaan sakaratul maut dan nazak untuk mati, seseorang itu akan dapat melihat malaikat maut yang akan datang untuk mencabut nyawanya, malah bukan sekadar itu, tetapi syaitan juga akan turut muncul untuk menyesatkan mereka yang sedang nazak.
Oleh sebab itu, sunat bagi mereka yang menziarahi orang yang hamper mati dan dalam keadaan nazak, dibacakan ayat-ayat suci al-Quran seperti yang disabdakan oleh Baginda Nabi SAW :
إقرأوا يس عند موتكم
Ertinya : Bacakanlah (surah) Yaasiin di sisi mereka yang sedang nazak hendak mati dikalangan kamu.
Dan sunatkan juga kita mengajar mereka yang sedang nazak agar mengucap dua kalimah syahadah.