Khamis, 10 Januari 2013

Kenapa Doa Tidak Di Makbul?

Doa Tak Makbul?

Satu hari, ketika Ibrahim Bin Adham (seorang ahli sufi yang termasyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : "Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya?". Beliau menjawab : "Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu ;


1) Kamu mengenal Allah swt, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya;

2) Kamu mencintai Rasulullah saw tetapi menolak Sunnahnya;

3) Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya;

4) Kamu makan nikmat Allah swt, tetapi kamu tidak mensyukuriNya;

5) Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya;

6) Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya;

7) Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya;

8) Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya;

9) Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban sendiri;

10) Kamu kebumikan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

p/s : Doa itu suatu tuntutan bagi kita sebagai hamba, namun dikabulkan atau tidak doa itu bukan mengikut kehendak kita, tetapi mengikut kehendak Allah swt kerana Dialah yang lebih maha mengetahui urusan diri kita dari kita sendiri... Seandainya Allah swt memakbulkan doa mengikut kehendak manusia, nescaya rosaklah manusia dan bumi ini, kerana manusia seringkali berdoa dan meminta mengikut hawa nafsu dan keperluan yang mementingkan dirinya sendiri...

Moga kita sama-sama dapat bermuhasabah sejauh mana nikmat-nikmat dan perintah-perintah Allah swt telah kita  syukuri dan patuhi...

Selamat beramal .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan