1.
Soalan :
Adakah mereka di Alam Barzakh mengetahui atau
menyedari apa yang berlaku di dunia seperti keluarganya?
Jawapan :
Ramai beranggapan, bahawa setelah seseorang meninggal
dunia, tidaklah akan ada apa-apa lagi melainkan hanya tinggal kenangan sahaja.
Ini sebenarnya satu kesilapan. Kita berbeza alam. Alam bagi kita orang hidup
dipanggil Alam Dunia, sementara Alam bagi orang mati dipanggil Alam Barzakh. Di
antara dua alam ini, Alam Barzakhlah yang lebih ajaib. Kita di Alam Dunia
langsung tidak mempunyai maklumat tentang penghuni Alam Barzakh, sedangkan
penghuni-penghuni Alam Barzakh, mereka itu mengetahui hal keadaan kita di Alam
Dunia, bahkan lebih mendalam lagi pengetahuan dan pendengaran mereka itu
terhadap orang hidup.
Banyak riwayat menerangkan perkara ini antaranya :
Riwayat daripada Saidina Anas Bin Malik r.h katanya :
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya semua amalan kamu
diperlihatkan kepada kaum kerabat dan keluarga kamu yang telah meninggal dunia.
Jika amal-amal itu baik, mereka pun merasai gembira, tetapi jika sebaliknya,
mereka berdoa : “Ya Allah janganlah engkau matikan mereka sehingga Engkau
berikan kepada mereka petunjuk, sebagaimana Engkau telah berikan kepada kami
petunjuk”. – Hadith Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi dalam Nawadir al-Usul
Riwayat daripada Abdul Ghafur Bin Abdul Aziz daripada
bapanya yang menerima riwayat daripada datuknya katanya: Rasulullah SAW
bersabda : “Diperlihatkan segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis kepada
Allah dan kepada Para Nabi serta ibu bapa pada hari Jumaat. Mereka senang dan
gembira dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan menjadikan wajah-wajah mereka
tambah berseri-seri. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah dan jangan kamu
menyakiti orang-orang yang telah meninggal di antara kamu (dengan amal
perbuatan buruk kamu)”.
Dalam sebuah hadith riwayat Ahmad, al-Marwazi dan Ibn
Abi al-Dunya, daripada Abi Said al-Khudri memberitakan bahawa Nabi SAW :
إِنَّ
المَيِّتَ يَعْرِفُ مَن يَغْسِلُهُ وَيَحْمِلُهُ وَيَدِيْلُهُ فِي قَبْرِهِ
Ertinya :
Sesungguhnya orang yang mati itu mengetahui orang yang memandikannya, orang
yang mengusungnya ke kubur, dan mengenal orang yang menurunkannya ke dalam
kubur.
Dalam suatu hadith riwayat daripada
Saidatina Aisyah r.ha, Rasulullah SAW bersabda :
ما
من رجل يزور قبررأخيه ويجلس عليه إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم
Ertinya :
Tiadalah seorang lelaki yang menziarahi kubur saudaranya dan ia duduk
disampingnya, melainkan saudaranya itu akan merasa terhibur atau beramah mesra
dengannya dan dia menjawab salamnya sehingga ia berdiri (berangkat balik).
Hadith
Riwayat daripada Abu Daud al-Tayaalisi, daripada Jaabir bin Abdullah
meriwayatkan bahawa Baginda Nabi SAW bersabda :
ان
اعمالكم تعرض على عشائركم وعلى اقربائكم في قبورهم، فإن كانوا خيرا استبشروا به،
وان كان غير ذلك، قالوا : اللهم الهمهم ان يعملوا بطاعتك
Ertinya :
Sesungguhnya amalan-amalan kamu itu akan dilaporkan kepada kerabat-kerabat kamu
yang sedang di dalam kubur. Seandainya amalan atau perbuatan kamu itu baik,
maka mereka akan bergembira dengan sebabnya, sebaliknya jika tidak demikian
maka mereka akan berdoa : “Wahai Allah, ilhamkanlah mereka agar mereka beramal
atau melakukan ketaatan kepada Engkau”.
Kesimpulannya, mereka yang telah
meninggal dan berada di Alam Barzakh mengetahui apa yang dilakukan dan dibuat
oleh ahli keluarganya yang berada di Alam Dunia.
2.
Soalan :
Apabila kita
menziarahi kubur, adakah mereka yang berada di dalam kubur itu menyedari siapa
yang datang? Dan adakah kita membaca al-Fatihah kepadanya, adakah dia menerima
al-Fatihah itu?
Jawapan :
Seperti
hadith-hadith yang diriwayatkan di atas, jelas bahawa mereka yang berada di
Alam Barzakh itu mengetahui siapakah dikalangan mereka yang berada di Alam
Dunia yang menziarahi mereka dan berdoa untuk mereka.
Dalam riwayat yang lain daripada al-Baihaqi bahawa Rasulullah SAW
bersabda :
اذا
مر الرجل بقبر يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام وعرفه،
واذا
مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام.
Ertinya :
Apabila seseorang melalui sebuah kubur yang dikenali (penghuninya) lalu ia
memberi salam kepadanya, maka orang itu akan menjawab salamnya dan dia kenal
kepadanya, dan apabila seseorang itu melalui sebuah kubur yang tidak
dikenalinya lalu ia memberi salam kepadanya, maka orang itu juga akan menjawab
salamnya”.
Dalam persoalan
adakah sampai dan diterima bacaan al-fatihah atau bacaan-bacaan lain, doa dan
ibadah yang dibuat oleh orang hidup dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati,
maka para ulamak berbeza pandangan.
Menurut
sebahagian ulamak mazhab syafie, pahala bacaan al-Quran sampai kepada si mati
jika dibacakan untuk dihadiahkan dan diniatkan pahalanya kepada si mati.
Dr. Wahbah
al-Zuhaili juga ada menyatakan bahawa para ulamak memutuskan secara ijmak
bahawa si mati akan mendapat manfaat daripada doa dan istighfar yang dibacakan
untuknya.
Allah SWT
berfirman maksudnya :
“Dan
orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan ) berkata
: Wahai Tuhan kami ampunkahlah dosa kami
dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami di dalam iman dan janganlah
Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap
orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah
Belas Kasihan dan RahmatMu.
(Surah
al-Hasyr : 10)
Allah SWT
berfirman maksudnya :
“Maka
ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah dan mohonlah
pengampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin lelaki dan perempuan
dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu”.
(Surah
Muhammad :19)
Dalam sebuah
hadith Nabi SAW bersabda :
إذا مات ابن
آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولدٍ صالح يدعو له
Ertinya
: apabila matinya anak adam terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara :
1) sedekah jariah (wakaf, derma dan seumpamanya), 2) ilmu yang dimanfaatkan, 3)
anak yang soleh yang mendoakannya.
Justeru,
anak-anak yang soleh yang membuat wakaf, yang berdoa, yang membuat kebaikan dan
pahalanya dihadiahkan kepada kedua ibu bapanya, maka semua itu akan diterima
sebagai pemberat amal timbangan mereka insyaallah.
Nabi Saw bersabda :
استغفروا لأخيكم وسلوا له التثبيت فإنه الآن يسأل
Ertinya : Mohonlah kamu keampunan dosa bagi
saudara-saudaramu (yang telah meninggal dunia), dan mintalah dari Allah akan
keteguhan bagi si mati untuk menjawab pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir,
kerana pada waktu ini dia sedang disoal.
Maka,
perbanyakkanlah berdoa untuk si mati, kerana doa itu juga akan member
pertolongan untuk meringankan azab yang sedang dihadapi.
3.
Soalan :
Bagaimana
pula dengan bunga dan air mawar yang kita siram di atas kubur? Apa yang dirasai
oleh mereka di dalam kubur?
Jawapan :
Dalam
riwayat daripada Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW telah merenjis-renjis air ke
atas kubur Ibrahim anak Baginda. Maka perbuatan merenjis atau membasahi tanah
kubur dengan menyiram air ke atasnya adalah sunat.
Perbuatan
menyiram air di atas kubur ini dilakukan dengan harapan semoga tempat
persemadian jenazah berkenaan, berada di dalam keadaan sejuk dan dicucuri
rahmat . disamping itu, penyiraman juga bertujuan untuk mengelakkan tanah
daripada berselerak.
Air yang
digunakan untuk menyiram kubur pula ialah air biasa. Makruh menggunakan air
yang diperolehi melalui pembelian seperti air mawar kerana itu satu pembaziran.
Walaubagaimanapun Imam al-Subki berpendirian bahawa tidak mengapa menggunakan
air mawar yang sedikit jika diharapkan semoga dengan keharuman air mawar itu
akan membawa kehadiran malaikat ke kubur berkenaan ini kerana malaikat gemar
kepada bau-bau harum. (Muhammad al-Syarbini al-Khatib, Juz.1 hlm.364)
Malah
disunatkan juga meletakkan pelepah kurma atau dahan pokok yang masih hijau dan
segar di atas kubur. Tindakan ini diharapkan semoga keberkatan tasbih dari
dahan tersebut dapat meringankan penderitaan roh pemilik kubur berkenaan.
Sebagai ganti pelepah kurma, bolehlah ditaburkan bunga yang masih segar ke atas
kubur. Malah menurut sebahagian ulamak hukumnya adalah haram mengalihkan dahan
yang masih basah dari kubur berkenaan sebelum dahan itu kering kerana
pemiliknya mengharapkan manfaat daripada dahan yang basah itu iaitu pengampunan
Allah untuk roh si mati.
Kesimpulannya,
perbuatan menyiram air mawar dan menaburkan bunga ke atas kubur ada sandarana
dan asasnya dengan pengharapan ianya memberi keberkatan dan rahmat kepada si
mati.
4.
Soalan :
Apakah
perkara dan perbuatan yang terbaik yang kita boleh lakukan untuk mereka yang
telah meninggal dunia? Misalnya kita bersedekah, niat pahala diberikan kepada
mereka?
Jawapan :
Nabi SAW
bersabda :
إذا مات ابن
آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولدٍ صالح يدعو له
Ertinya
: apabila matinya anak adam terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara :
1) sedekah jariah (wakaf, derma dan seumpamanya), 2) ilmu yang dimanfaatkan, 3)
anak yang soleh yang mendoakannya.
Bersandarkan
kepada hadith ini, maka antara perkara yang terbaik boleh kita lakukan untuk
mereka yang telah meninggal dunia ialah :
1)
Mewakafkan harta dengan
diniatkan pahalanya kepada si mati. Harta yang diwakafkan untuk jalan Allah,
maka si mati akan terus menerus mendapatkan pahala darinya selagi perkara
tersebut dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Contohnya mewakafkan duit
untuk pembinaan masjid, maka selagi mana masjid itu dimanfaatkan oleh umat
Islam, berterusanlah pahala itu mengalir dan memberi manfaat kepada mereka yang
telah meninggal dunia.
2)
Selain berwakaf dan
bersedekah, anak-anak yang soleh mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu
bapanya yang telah mendahuluinya. Doa dan amalan anak yang soleh akan terus
mengalirkan pahala kepada si mati. Malah amalan anak soleh juga akan membantu
ibu bapanya yang berada di Alam Barzakh.
3)
Kita juga boleh membaca
al-Quran dan menyedekahkan pahalanya kepada simati. Malah mengupah orang untuk
membacakan al-Quran dan mohon agar pahalanya dihadiahkan kepada simati pun
hukumnya dibolehkan menurut sebahagian ulamak.
Dalam Hadith
yang lain, Baginda Nabi SAW bersabda :
"أمـتي
أمة مرحومة تدخل قبورها بذنوب
كالجبال، وتخرج من القبوروقد غفرلها باستغفارالأحياء للأموات والصدقات
والدعاء
وقراءة القرآن ،تأتيهم بها الملائكة في أطباق
من نورمخمرة بمناديل من سندس وتقول لأحدهم هذه الهداية بعثها إليك
فلان فيسره
ويفرح به"
Ertinya : Umatku adalah umat yang
dirahmati, mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa seperti gunung, dan keluar
daripadanya sedang mereka telah diampunkan dari dosa-dosa itu, iaitu dengan
istighfar orang yang hidup kepada si mati, sedekah, doa dan bacaan al-Quran
untuk mereka, para malaikat membawa semua itu dalam pinggan-pinggan besar yang
bercahaya, ditudung pula dengan kain sutera, kemudian para malaikat itu berkata
kepada tuan yang punya : “inilah hadiah yang dikirimkan si pulan untuk mu, maka
penerima itu akan merasa senang dan gembira”.
5.
Soalan
Sebelum
seseorang itu meninggal dunia, adakah dia tahu yang dia tidak akan lama lagi di
dunia?
Jawapan :
Beruntungnya
umat Nabi Saw kerana kematian tidak datang secara tiba-tiba, tetapi di
datangkan peringatan demi peringatan.
Antara
bentuk peringatan yang secara normal semula jadi manusia ialah keadaan usia dan
umurnya yang semakin meningkat dan fizikalnya yang semakin lemah dan tiada
upaya (tua).
Allah
Berfirman di dalam al-Quran :
...
ثم جعل من بعد
قوة ضعفا وشيبة
يخلق ما يشاء
وهوالعليم القدير.
Ertinya : … kemudian dia menjadikan setelah dari
keadaan kuat itu kepada lemah semula dan beruban rambut di kepala. Dialah Allah
yang menjadikan apa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha
Berkuasa.
Justeru itu,
perubahan fizikal dari kuat kepada lemah, pertambahan usia, dan sebagainya, itu
juga merupakan bentuk-bentuk amaran dan peringatan daripada Allah SWT.
Selain itu,
sakit juga merupakan tanda-tanda kematian.
Baginda Nabi
SAW bersabda :
Ertinya :
apabila Allah SWt menguji seseorang muslim dengan di datangkan kesakitan pada
tubuhnya, maka Allah SWt berfirman kepada Malaikat : Tulislah bagi muslim
tersebut akan amal soleh yang dia telah lakukan (sewaktu sihatnya) dan sekiranya
dia sembuh bersih dan sucikan dirinya daripada dosa, dan sekiranya dicabut
nyawanya, nescaya dia mendapat keampunan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Ada lagi
satu keadaan iaitu seseorang itu juga kemungkinan akan menghadapi kematian yang
datang tiba-tiba atau dinamakan kematian mengejut.
Rasulullah
SAW bersabda :
موت الفجأة راحة
للمؤمن واسف على
الفاجر
( رواه أحمد
عن عائشـة )
Ertinya
: Mati terkejut itu adalah kerehatan bagi
orang yang beriman dan kesedihan keatas orang yang menanggung dosa.
Mati terkejut bagi orang mukmin itu adalah rahmat dan kerehatan daripada
menanggung kesakitan sakaratul maut. manakala mati terkejut bagi orang yang
menanggung dosa merupakan satu kesedihan dan penyesalan kerana tiada sempat
untuknya bertaubat kepada Allah.
Kesimpulannya,
setiap orang pada hakikatnya dia mengetahui bahawa dia akan mati. Namun
istimewanya umat Nabi Muhammad Saw ini ada bentuk-bentuk peringatan sebelum
datangnya kematian walaupun ada di sana keadaan mereka yang dimatikan dalam
keadaan mengejut.
Justeru,
tidak ada siapa pun mengetahui bila akan datang ajal bagi dirinya, namun
tanda-tanda ajal itu Allah swt nyatakan dalam bentuk semula jadi kejadian
manusia dari bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, dan akhirnya mati. Dan ada juga
tanda-tanda dengan di datangkan penyakit dan sebagainya.
6.
Soalan :
Macamanakah
perasaan seseorang yang sedang naza’? Adakah dia tahu malaikat maut sudah pun
datang dan akan mencabut nyawanya?
Jawapan :
Firman Allah S.W.T :
فرمان الله : وجآءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد -سورة ق:19
Ertinya
: Dan apabila sampai ajal seseorang, maka datanglah mabuk kematian yang membawa
kebenaran yang di janjikan dan di beritahu kepada orang yang mengingkari :
inilah perkara yang kamu selalu kamu cuba mengelak diri daripadanya .
رسول الله برسبدا: حضر ملك الموت رجلا
يموت فنظر فى قلبه فلم يجد فيه شيئا ففك لحييه فوجد طرف لسانه لاصقا بحنكه يقول لا اله إلا الله فغفرله بكلمة الإخلاص.( رواه الطبراني عن أبي هريرة)
Ertinya
: Telah datang malaikat maut kepada
seseorang lelaki , maka malaikat maut itu melihat di dalam hati lelaki
tersebut , maka tidak didapati didalam hatinya akan sesuatu , lantas malaikat
maut itu memerhatikan pula di hujung lidahnya yang berusaha untuk menyebut
kalimah ‘ Tiada tuhan yang sebenarnya di sembah melainkan Allah ‘ nescaya di
beri pengampunan dengan kalimah ikhlas tersebut .
رسول
الله برسبدا
:
"إنَّ الشَّيْطاَنَ يَأْتِي أَحَدَكُمْ
قَبْلَ مَوْتِهِ فَيَقُوْلُ متْ يَهُوْدِيًّا
متْ نصْراَنِيًّا"
Ertinya
: Bahawasanya syaitan itu datang kepada seseorang daripada kalangan kamu
sebelum matinya , dan syaitan berkata : matilah kamu dalam agama yahudi !
matilah kamu dalam agama nasrani ( kristian ) !
Daripada
dalil-dalil di atas, menjelaskan kepada kita bahawa, orang yang dalam ke adaan
nazak akan merasai kesakitan sakaratul maut. Dan kesakitan ini akan di rasai
oleh setiap manusia yang berhadapan dengan kematian.
Ketika
dalam keadaan sakaratul maut dan nazak untuk mati, seseorang itu akan dapat
melihat malaikat maut yang akan datang untuk mencabut nyawanya, malah bukan
sekadar itu, tetapi syaitan juga akan turut muncul untuk menyesatkan mereka
yang sedang nazak.
Oleh
sebab itu, sunat bagi mereka yang menziarahi orang yang hamper mati dan dalam
keadaan nazak, dibacakan ayat-ayat suci al-Quran seperti yang disabdakan oleh
Baginda Nabi SAW :
إقرأوا يس عند موتكم
Ertinya
: Bacakanlah (surah) Yaasiin di sisi mereka yang sedang nazak hendak mati
dikalangan kamu.
Dan
sunatkan juga kita mengajar mereka yang sedang nazak agar mengucap dua kalimah
syahadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan