Sabtu, 5 Januari 2013

Selamat Datang ke Laman Nurani Unit Dakwah & Pembangunan Insan SMKKB 2013


TAHUN BARU, AZAM PUN BARU…

Alhamdulillah atas segala nikmat, peluang dan ruang yang telah Allah berikan kepada kita padatahun lepas dan tahun ini.

Tahun 2012 telah melabuhkan tirai. Bila masuk tahun baru azam kita pun mesti baru. Sebagai umat Islam kita digalakkan memperbaharui niat dan amal  kita dari masa ke semasa.

Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu bermula dengan niat…” -Riwayat Bukhari&Muslim

Berdasarkan Hadis di atas, menjelaskan kepada kita bahawa setiap perbuatan tingkah laku kita adalah bermula dari niat kita sendiri. Kalau niat kita baik maka baiklah natijahnya, seandainya niat kita tidak baik, maka buruklah akibatnya. Mari sama-sama perbaharui niat kita :

1. Semoga pada tahun ini saya lebih ikhlas dan bersemangat melaksanakan amanah sebagai hamba Allah yang Maha Agung.

2. Semoga pada tahun ini saya lebih ikhlas dan bersemangat melaksanakan tugas sebagai pendidik dan pelajar.

3. Semoga dunia dan isinya yang sementara ini dapat saya manfaatkan sebaiknya.

Pesan Nyaie: Masa yang ada di dunia ini amat singkat dan ia suatu kesempatan untuk dihargai. Jika kesempatan itu tidak diisi penuh dengan bekalan, kerana dilalaikan dengan kenikmatan dunia yang tak seberapa, nyaie bimbang kesempatan kedua tidak akan ada lagi..Nyaie ucapkan selamat memulakan sesi persekolah 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan