Jumaat, 18 Januari 2013

Kelahiran Yang Dimuliakan

Sejarah kelahiran Kekasih Allah..

Alhamdulillah, program PENGISIAN ROHANI Jumaat kali ini dapat dijalankan dengan baik. Program bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 8.05 pagi. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pelajar perempuan bersama guru-guru perempuan yang bertempat di Astaka sekolah dan kumpulan pelajar lelaki bersama dengan guru-guru lelaki yang bertempat di Tapak Perhimpunan sekolah.

Tajuk Pengisian rohani pada pagi ini ialah Tazkirah Sejarah kelahiran Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. yang telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Amiruddin Bin Jusoh.
Antara isi tazkirah yang disampaikan oleh beliau ialah:
- Kita perlu mengingati sejarah kelahiran Junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
- Sebagai ummat Islam kita perlu sentiasa mengetahui kisah para rasul dan sahabat terdahulu.


- Kita perlu mengambil pengajaran dan ikhtibar daripada sirah para rasul terdahulu dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar hari ini.

Semoga semua pelajar Smkkb dan barisan pendidik, dapat mengambil pengajaran dan pelajaran dari isi penting tazkirah yang telah disampaikan.  seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai pelajar dan hamba Allah di muka bumi ini.

Ketahuilah hakikatnya, jiwa yang kosong tanpa mengingati Allah akan hanyut digoda dan diperdaya oleh syaitan laknatullah. Ayuh warga Smkkb! Tuntutlah ilmu dan beramallah dengannya....kerana Peribahasa arab ada mengatakan, "Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah".

Renung-renungkan...selamat beramal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan