1.
Bilakah masuknya waktu berbuka puasa?
Firman Allah s.w.t :
“…kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam...”
Dalam ayat ini, yang dimaksudkan sehingga malam ialah
sehingga terbenamnya matahari. Malam itu bermula apabila matahari terbenam dan
berakhir setelah terbit fajar.
Dari Saidina Umar r.h, Nabi s.a.w bersabda :
عَنْ
عُمَرَ
رَضِيَ
اللَّهُ
عَنْهُ
قَالَ
قَالَ
رَسُولُ
اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
إِذَا
أَقْبَلَ
اللَّيْلُ
وَأَدْبَرَ
النَّهَارُ
وَغَابَتْ
الشَّمْسُ
فَقَدْ
أَفْطَرَ
الصَّائِمُ
“Apabila malam
tiba dan siang berakhir dan terbenam matahari maka orang yang berpuasa itu
berbuka”.
Dalam hadith ini diperjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan
“matahari terbenam” ialah malam
bermula dan siang berakhir. Pada masa itu, diizinkan bagi orang yang berpuasa
untuk berbuka.
Dalam satu Hadith, Nabi s.a.w bersabda :
“Seseorang itu
akan terus selamat selagi dia menyegerakan berbuka puasa”.
Imam al-Nawawi r.h berkata :
”Hadith ini
bermaksud, kita digalakkan menyegerakan berbuka selepas mendapati matahari terbenam.
Ia bererti kebajikan ummah akan sentiasa baik dan teratur selagi mereka patuh
dengan sunnah ini. Tetapi, jika mereka sengaja melengah-lengahkan berbuka, itu
adalah petanda bahawa mereka mengikuti kesesatan”.
Hadith Nabi s.a.w :
لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الاِفْطَارَ
“Umatku selamanya dalam keadaan
baik selama mereka menyegerakan berbuka”.
Justeru, masuknya waktu untuk
berbuka puasa itu ialah selepas terbenamnya matahari. Seseorang yang mendapati
matahari telah terbenam, maka sunat ke atasnya menyegerakan berbuka puasa
sebelum solat Maghrib.
2. Apakah makanan yang paling
afdhal ketika berbuka?
Makanan yang paling afdhal ketika
berbuka ialah buah tamar atau manisan atau air.
Dalam satu Hadith Nabi s.a.w bersabda :
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبلَ أَنْ يُصَلِّىَ
“Adalah Rasulullah s.a.w berbuka dengan beberapa biji tamar
sebelum solat”.
Jika tidak ada buah tamar ataupun
manisan, maka disunatkan juga berbuka dengan meneguk sedikit air.
Hadith Nabi s.a.w :
اِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُم فَلْيُفْطِرُ عَلَى تَمَرٍ, فَإِنْ لمَ يَجِدْ فَلْيُفْطِرُ عَلَى مَاءٍ فَإِنَّهُ طَهُوْرٌ
“Apabila berbuka puasa
seseorang daripada kamu, maka berbukalah dengan buah tamar, jika tidak ada
(buah tamar), maka berbukalah dengan air kerana ia bersih”.
3.
Adakah doa khusus ketika hendak berbuka puasa?
Baginda Nabi s.a.w bersabda :
للِصَّاِئمِ عِنْدَ فِطْرِهِ دَعْوَةٌ لاَ تُرَدُّ
”Sesungguhnya
bagi orang yang berpuasa ketika berbuka doa yang tidak ditolak” .
Ketika hendak makan, maka
disunatkan membaca doa iaitu:
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّار. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Kemudian setelah berbuka bacalah
doa ini :
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ العُرُوْقِ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى
“Ya Allah, kerana Mu aku berpuasa , dengan rezeki Mu aku
berbuka, dengan Mu aku beriman, kerana Mu aku telah berIslam (menyerah diri)
kepada Mu aku bergantung. Telah hilang dahaga dan basah seluruh urat tubuh dan
tercapailah pahala. InsyaAllah”.
Abdullah Ibnu Umar al-Khattab r.h
pernah berdoa ketika berbuka :
الَّلهُمَّ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَئٍ فَاغْفِرْلِيْ
“Ya Allah dengan
RahmatMu yang amat luas atas setiap sesuatu, ampunilah aku (dari segala
dosa-dosaku).
Apabila selesai makan bacalah doa
berikut :
الحمْدُ للهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ المُسْلِمِيْنَ
Doa orang yang sedang berbuka
puasa itu tidak ditolak oleh Allah s.w.t. Justeru, gunakanlah peluang dan ruang
yang diberikan untuk memohon sesuatu yang dihajati ketika berbuka puasa tanpa
terbatas kepada doa yang dinyatakan di atas.
4.
Antara Solat Maghrib dan berbuka puasa, mana yang perlu didahulukan?
Riwayat daripada Aisyah r.ha :
والفِطْرُ قَبْلَ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ، لِفِعْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
“dan berbuka sebelum solat
(maghrib) itu lebih afdhal kerana ianya perbuatan Nabi s.a.w”.
Dalam Hadith yang lain Nabi s.a.w
bersabda :
اِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُم فَلْيُفْطِرُ عَلَى تَمَرٍ, فَإِنْ لمَ يَجِدْ فَلْيُفْطِرُ عَلَى مَاءٍ فَإِنَّهُ طَهُوْرٌ
“Apabila berbuka puasa
seseorang daripada kamu, maka berbukalah dengan buah tamar, jika tidak ada
(buah tamar), maka berbukalah dengan air kerana ia bersih” .
Al-Mubarakfuri berkata :
“Hadith-hadith yang
menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan kurma basah, atau
kurma kering, atau air adalah menjelaskan tempoh masa Rasulullah s.a.w berbuka
puasa”.
Justeru, apa yang perlu dilakukan
ialah, menyegerakan berbuka dengan memakan sedikit makanan, kemudian bangun
menunaikan solat
maghrib. Selepas itu, jika belum kenyang, bolehlah menyambung makan semula.
5.
Apakah hukumnya mengadakan rumah terbuka untuk berbuka puasa dan disertai
jemputan tersebut orang yang bukan Islam (kafir)?
Hukum menjamu orang Islam yang
puasa berbuka adalah suatu ibadah sunat yang mendatangkan ganjaran pahala dan
amalan yang baik.
Sabda Nabi s.a.w :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ
”Sesiapa
yang menjamu orang yang berpuasa berbuka, baginya pahala seperti pahalanya...”
Namun dalam permasalahan yang
berkaitan menjamu orang kafir ketika berbuka, ianya merupakan suatu perkara
yang perlu disandarkan kepada niat seseorang yang menjamu itu.
Diharuskan seandainya diniat agar mereka yang kafir itu mengenali Islam
dan hatinya lembut untuk menerima Islam sebagai Agamanya.
Namun sekiranya kerana suka-suka
dan untuk kemeriahan semata-mata, maka ianya dilarang, kerana berbuka itu juga
merupakan suatu kewajipan dan ibadah tidak boleh dilakukan dengan mencari
kemeriahan dan keseronokkan semata-mata.
p/s : Selamat meneruskan Ibadah Puasa Ramadhan. Fasal Pertama (10 ramadhan yang awal) hampir tamat, Fasal Kedua menyusul pula... Bagaimana Ibadah KITA?