Sahur ialah makan walaupun sedikit pada
akhir malam. Ia merupakan perkara sunat ketika berpuasa. Sekalipun tidak makan,
minum juga sudah dinamakan bersahur.
Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah kerana pada sahur itu ada keberkatan” .
Bersahur itu hukumnya sunat, dan
merupakan perkara yang disuruh oleh Nabi s.a.w bagi orang yang hendak berpuasa.
Mereka yang sengaja malas dan tidak mahu bersahur seolah-olah telah menolak
keberkatan dan kerahmatan yang Allah s.w.t telah kurnia dan hidangkan pada
waktu itu.
2. BILAKAH WAKTU YANG PALING AFDHAL UNTUK BERSAHUR?
Sabda Nabi s.a.w :
“Sentiasa umatku dalam kebaikan jika mereka menyegerakan
berbuka dan melewatkan sahur”
Waktu yang paling afdhal untuk bersahur
itu ialah waktu yang paling lewat, sekitar 10 minit hingga 30 minit atau
sekira-kira kadar membaca lima puluh ayat al-Quran.
3. APAKAH KELEBIHAN BANGUN SAHUR DAN ADAKAH SAHUR ITU SEMATA-MATA
BANGUN UNTUK MAKAN DAN MINUM SAHAJA?
Sabda Nabi s.a.w :
“Minta
tolonglah dengan makan sahur atas puasa disiang hari”.
Hadith ini membawa maksud, bahawa dengan
bangun dan makan sahur seseorang itu akan dapat tenaga untuk menjalani ibadah
puasa dengan baik.
Sahur bukan sekadar untuk makan dan minum
sahaja. Mereka yang bangun sahur juga disuruh untuk mengambil peluang menadah
tangan memohon munajat dan keampunan kepada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t, surah al-Dzariyat : 56
“Dan waktu sahur itu, mereka beristighfar (memohon keampunan
kepada Allah s.w.t)” .
Antara ibdah yang sunat dilakukan ketika
bangun sahur ialah, membaca al-Quran, menunaikan solat-solat sunat, berzikir
dan beristigfar.
4. BENARKAH WAKTU IMSAK ADALAH WAKTU YANG SUDAH TIDAK BOLEH
BAGI SESEORANG ITU BERSAHUR? BILAKAH WAKTU TAMAT UNTUK BERSAHUR?
Waktu imsak bukanlah waktu yang telah
diharamkan untuk makan atau minum. Tetapi ia sebagai waktu yang kita perlu
berhati-hati kerana hendak tiba waktu subuh (terbit fajar) bermulanya waktu
berpuasa.
Umpama seperti lampu yang baru kuning,
bukan bermaksud terus kena berhenti dan dilarang berjalan, tetapi ia bermaksud
bersedia untuk berhenti.
Orang yang bersahur dalam waktu imsak
kena berhati-hati dan memahami beberapa perkara yang perlu dilaksanakan sejurus
jika terdengar azan berkumandang. Jika terdengar azan ketika sedang bersahur,
maka hendaklah mengeluarkan makanan yang belum melepasi halkum dan terus
mencuci mulut dari makanan. Perlu diingat, bila azan mula sahaja berkumandang,
maka jika seseorang itu menelan cepat-cepat makanan yang berada di dalam mulut
yang belum melepasi paras halkum, maka batal puasanya.
Kadar waktu imsak ke waktu subuh (waktu mula
berpuasa) itu sekadar membaca 50 ayat suci al-Quran.
Betway Casino in South Africa - Goyang FC
BalasPadamOur Betway Casino website is updated 넥스트 바카라 weekly with 벳무브 new customer offers. 폴 댄스 도끼 Read our review to bet365 배당 find out how you can 바카라몬 claim your bonus!