1. Apakah perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa dan jika dilakukan atau berlaku akan membatalkan puasa?
Terdapat beberapa perkara jika
terjadi atau dilakukan, akan membatalkan puasa.
i. Makan dan minum dengan sengaja walaupun apa yang dimakan
dan diminum itu sedikit.
ii. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
dengan sengaja.
iii. Muntah dengan sengaja
iv. Berjimak
v. Istimna’ (mengeluarkan mani dengan sengaja)
vi. Haid
vii. Nifas
viii.Gila
ix. Murtad
2. Adakah berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung membatalkan puasa?
Berkumur-kumur tidaklah
membatalkan puasa jika perbuatan tersebut tidak melampau. Namun sekiranya
perbuatan tersebut dilakukan dengan melampau dan berlebihan hukumnya adalah
makruh dan jika tertelan dengan sebab melampau dalam berkumur, maka batallah puasa.
Hukum air yang dimasukkan ke
hidung juga seperti hukum berkumur-kumur, iaitu batal jika melampau dan
berlebih-lebihan sehingga masuk ke zahir halkum.
3. Orang yang sengaja menggosok gigi dan menjolok-jolok tekak atau kerongkongnya hingga termuntah, adakah batal puasanya?
Jika perbuatan menjolok tekak dan
kerongkong tadi dilakukan dengan sengaja untuk muntah, maka batallah puasanya.
Nabi s.a.w bersabda :
مَنْ ذَرَعَهُ القَيْءُ فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ وَ مَنِ اسْتَقَاَء عَمْدًا فَلْيَقْضِ
“Sesiapa yang
termuntah maka tidaklah perlu ke atasnya qada’ (puasanya tidak batal dan tidal
perlu ganti). Dan sesiapa yang berusaha muntah dengan sengaja maka hendaklah
dia menggada’ (puasanya batal dan perlu ganti) .
Seseorang yang muntah kerana
mabuk yang tidak disengajakan seperti perempuan yang hamil, mereka yang berada
di lautan (mabuk kapal), atau dalam kenderaan, maka puasanya tidak batal.
4. Apakah perkara yang disunatkan ketika berpuasa?
Terdapat banyak perkara sunat
yang boleh diamalkan untuk melipat kali gandakan pahala ibadah puasa, antaranya
:
i. Menyegerakan berbuka puasa. Sekiranya
telah diyakini masuknya waktu berbuka, maka disunatkan untuk bersegera dalam
berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w :
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الفِطْرَ
“Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka
terus menyegerakan berbuka”.
Perkara yang paling afdhal ialah
kita berbuka dengan buah kurma. Sekiranya tidak ada buah kurma, maka dengan
air.
Telah diriwayatkan :
كَانَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَن يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُن فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ فَإِنَّهُ طَهُوْرٌ
”Nabi s.a.w berbuka sebelum
sembahyang (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah. Sekiranya tidak ada
kurma basah, maka Baginda berbuka dengan tamar kering, Sekiranya tidak ada
juga, maka Baginda menghirup beberapa teguk air, sesungguhnya ia adalah suci”.
ii. Bersahur pada akhir malam walaupun makan
dengan sedikit.
Sabda Nabi s.a.w :
تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana pada sahur
itu ada keberkatan” .
Sebaiknya sahur ini dilakukan di
akhir malam kerana Nabi s.a.w bersabda :
لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الفِطْرَ وَأَخَّرُوْا السَّحُوْرَ
”Sentiasa
umatku dalam kebaikan jika mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur”.
iii. Menjaga lidah daripada percakapan yang sia-sia.
Mencela, menipu, mengumpat, dan menghasut adalah termasuk dalam perbuatan dan
percakapan yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala ibadah puasa. Rasulullah
s.a.w bersabda :
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ
”Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal
dengannya, maka Allah s.w.t tidak berhajat untuk dia meninggalkan makan dan
minumnya”.
iv. Mandi Junub atau mandi wajib sebelum masuk waktu subuh. Mereka
yang berjunub pada malam hari dan mandi selepas masuk waktu subuh masih dikira
sah puasanya, namun disunatkan agar dilakukan sebelum masuknya waktu fajar
untuk memastikan dirinya bersih daripada awal pelaksanaan ibadah puasa lagi.
Wanita
haid dan nifas juga disunatkan agar mandi sebelum fajar apabila telah sempurna
suci dan darah berhenti sebelum itu.
v. Berdoa ketika berbuka puasa. Doa orang yang
berpuasa ketika berbuka adalah mustajab (mudah diterima)
Sabda
Nabi s.a.w :
لِلْصَائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ دَعْوَةً لاَ تُرَدُّ
“Sesungguhnya
bagi orang yang berpuasa ketika berbuka doa yang tidak ditolak” .
Antara
doa yang biasa dibaca ialah :
اللهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
“Ya Allah,
kerana Engkaulah aku berpuasa, dengan Engkaulah aku beriman, atas rezeki
Engkaulah aku berbuka puasa. Dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih”.
vi. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa. Menjamu
orang yang berbuka puasa merupakan amalan yang mulia. Nabi s.a.w bersabda :
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئا
“Barang siapa yang
menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat
ganjaran sepertinya (orang yang puasa) tanpa dikurangkan ganjaran orang yang
berpuasa sedikitpun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan